LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG
• Teks bersabit dengan perundangan yang mengandung prinsip undang-undang tertentu dan berbentuk akta (bahagian dan seksyen)
• Terdapat istilah khusus yang kebanyakannya dipinjam daripada bahasa Inggeris
• Makna kosa kata berdasarkan intepretasi
• Struktur ayat tidak diutamakan, tetapi kepersisan dan kejelasan dipentingkan
• Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat
• Tiada graf atau gambar
• Binaan ayat adalah panjang
LARAS BAHASA RENCANA
• Bersifat umum
• Menampilkan berbagai-bagai idea tentang sesuatu isu
• Gaya bahasa mudah difahami
• Melaporkan sesuatu kepada pembaca secara umum ataupun terperinci
LARAS BAHASA AKADEMIK
• Bersifat ilmiah, formal dan objektif
• Gaya bahasa menunjukkan kematangan dan keintelektualan (berkeupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan)
• Istilah bersifat khusus dan sukar difahami oleh orang yang tidak berpendidikan tinggi
• Ada kesempurnaan bahasa (kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan)
• Mengutamakan pemaparan, perbincangan dan penghuraian
• Terdapat penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk
• Ada format seperti nota kaki, bibliografi dan indeks
LARAS BAHASA SASTERA / KREATIF
• Laras bahasa terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman
• Ada istilah khusus tentang sastera
• Bersifat figuratif (penyimpangan makna daripada bahasa biasa)
• Mementingkan pemilihan diksi berkesan, bahasa tersirat
• Ada unsur seperti metafora, kiasan, imejan, personifikasi dan hiperbola
• Bernada puitis dan bersifat komunikatif
MEGALA PONNUSAMY
MEGALA PONNUSAMY