CERAMAH


DEFINISI

*      Ceramah ialah perbicaraan di depan umum dalam situasi tertentu untuk tujuan tertentu dan kepada pendengar tertentu. Dalam setiap ceramah penceramah harus menyesuaikan dengan situasi dan keadaan yang dihadapi sehingga ceramah dapat berjalan dengan lancar.Suara, intonasi, gaya bahasa, sikap dan gerak-gerik penceramah tersebut juga perlu di tekankan agar pendengar dapat tertarik dengan apa yang diungkapkan

Hal yang perlu diberi perhatian semasa member ceramah…

PEMBUKAAN CERAMAH/ PERMULAAN CERAMAH

}  Hindarkan penampilan yang menampakan  anda tidak bersedia untuk berceramah.
}  Arahkan pandangan ke seluruh hadirin agar dapat mengenal semua pendengar.
}  Mulailah berbicara dengan tenang dan ucapkan kata pembukaan

PENYAMPAIAN   
Ketika memberikan ucapan huraian penceramah hendaklah disampaikan secara mantap ,logik cermat dan  ayat  yang mudah difahami oleh audien.Ayat hendaklah disusun dengan baik dan intonasi hendaklah jelas.

TRANSISI

}    Dalam peyampaian ceramah, pemindahan topik hendaknya dilakukan melalui perbuatan secara jeda.

MENJAWAB PERTANYAAN
}     Pertanyaan yang dijawab hendaklah  berkait dengan soalan yang ditanya.Penceramah hendaklah memberi  jawapan yang wajar kepada pertanyaan tersebut.

MENANGANI PENDAPAT

}  Dalam menanggapi pendapat penceramah hendaklah memberikan tanggapan yang sewajarnya, baik untuk menyatakan persetujuan atau penolakan

KESIMPULAN DAN PENUTUP
}  Kesimpulan hendaklah disampaikan pada akhir ceramah. Dan bukan pada akhir pembahasan masalah. Pastikan bahwa kesimpulan yang dikemukkan difahami oleh audien
Membuat kesimpulan akhir bagi menggulung tajuk ceramah yang disampaikan
}  Ceramah dengan ucapan mempunyai banyak persamaan.
}  Dari segi konteks didapati ucapan lebih formal berbanding ceramah.
}  Dalam majlis perasmian disampaikan ucapan  dan bukan ceramah.
}  Dalam majlis yang sama iaitu selepas majlis perasmian mungkin dijemput seorang penceramah menyampaikan sebuah tajuk yang berkaitan dengan majlis.
}  Dari segi penyampaian, segala prinsip komunikasi khalayak masih perlu diaplikasikan dalam penyampaian ceramah.
Terdapat beberapa jenis ceramah seperti ceramah agama, ceramah motivasi, ceramah politik,ceramah kesihatan dan sebagainya.
}  Seorang penceramah perlu mahir bukan sahaja daripada segi subjek yang diperkatakan tetapi juga harus mahir daripada segi penyampaian.
}  Penceramah perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh audien disamping menggunakan unsur-unsur humor.

FORMAT CERAMAH

ü Tajuk ceramah.
ü Rujukan hormat/salutasi mengikut protokol, iaitu peringkat tetamu atau hadirin.
ü Isi kandungan ceramah yang  ingin disampaikan kepada audien.
ü Penutup ataupun kesimpulan akhir.