SYARAHAN

SYARAHAN


*     Syarahan biasanya berdasarkan satu-satu tajuk tertentu dan dipertandingkan.
*     Memberi ucapan salam dan menyebut nama-nama tetamu hadir yang dijemput khas (mengikut urutan betul berdasarkan statusnya). Tujukan juga salam kepada pihak-pihak lain atau orang ramai yang menghadiri majlis berkenaan
*     Bahasa yang digunakan harus mudah difahami, padat, tegas dan berkesan serta meyakinkan.
*     Kandungan syarahan adalah berasaskan kepada sesuatu tajuk tertentu yang diberi.
*     ‘Jika mengemukakan masalah, calon hendaklah menyelesaikan masalah berkenaan bukannya dijadikan persoalan’.
*     Kemukakan isi demi isi. Sebelum memaparkan isi , sebut ungkapan seumpama ‘tuan-tuan dan puan yang saya hormati’ ‘ tuan-tuan dan puan-puan sekalian, para hadirin yang saya muliakan...( tulis ungkapan penegasan ini dalam barisnya sendiri sebelum kita mengemukakan sesuatu isi ).
*     Syarahan mesti menarik agar pendengar tidak merasa jemu
*     Kata-kata hikmat, kiasan, jenaka atau peribahasa boleh diselitkan dalam syarahan supaya lebih menarik
*     Mengakhiri syarahan dengan memohon maaf / ucapan terima kasih