Definisi laporan
Kertas yang mengandungi khabar atau maklumat. Ia ditulis bagi melaporkan sesuatu hal atau perkara yang telah berlaku. Laporan juga dikenali sebagai dokumen menyampaikan maklumat khusus kepada pembaca tertentu.
Tujuan Laporan
Terdapat beberapa tujuan yang penting untuk membuat laporan. Antara tujuan yang dimaksudkan ialah merakamkan dan merekodkan sesuatu,memaklumkan pelaksanaan dan perkembangan sesuatu ,menyalurkan cadangan mempertahankan tindakan dan akhirnya membentangkan perancangan
Jenis Laporan
1. Terdapat pelbagai laporan yang ditulis untuk tujuan dan maksud tertentu
2. jenis-jenis laporan ditentukan berdasarkan sifat dan kandungan laporan itu
3. Laporan terbahagi kepada 2 kategori;
4. Laporan lisan
• laporan berita dan laporan langsung atau ulasan selari
• Laporan bertulis
Ø Laporan bertulis
1. Laporan tahunan
2. Laporan khas
3. Laporan prestasi
4. Laporan penilaian
5. Laporan sulit
6. Laporan kajian
7. Laporan lawatan
8.Laporan aktiviti persatuan
Ciri-ciri Laporan
1. Bersifat objektif dan sahih, iaitu bukan tanggapan atau agakan
2. Mempunyai unsur penilaian, iaitu pandangan berkaitan perkara atau isu yang hendak dilaporkan
3. Mempunyai unsur ilmiah, empirikal dan konkrit, misalnya laporan hasil kajian
4. Disertakan gambar, foto, jadual, atau graf bagi memudahkan gambaran minda dan pemahaman pembaca
5. bahasa yang ringkas dan padat.
6. Disertakan gambar, foto, jadual, atau graf bagi memudahkan gambaran minda dan pemahaman pembaca
7. bahasa yang ringkas dan padat