LARAS BAHASA SAINS
• Laras ilmiah, berbahasa moden, bersifat formal dan menidakkan bahasa basahan
• Mempunyai sifat intelektual, saintifik, formal dan objektif berdasarkan kajian dan fakta
• Istilah sains dan teknikal adalah banyak
• Ada istilah pinjaman
• Terdapat banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif
• Dibahagikan kepada subbidang seperti laras fizik, biologi, kimia dan teknologi
LARAS BAHASA MEDIA MASSA
• Peranan media massa adalah untuk melapor atau menyampaikan berita dengan bahasa yang paling mudah diterima pendengar dan pembaca
• Laras media massa tidak mementingkan tatabahasa, seperti imbuhan dan kata hubung
• Tiada istilah teknikal dan khusus
LARAS BAHASA SUKAN
• Menyampaikan maklumat kegiatan sukan
• Bahasa adalah ringkas, bersahaja dan jelas
• Ada istilah aktiviti sukan
• Kosa kata mudah difahami
HEMAWATHY RAVINDERAN
HEMAWATHY RAVINDERAN