1. | Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan kata nama manusia. | |
2. | Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada dua golongan, iaitu: | |
i. | Kata ganti nama diri | |
ii. | Kata ganti nama tunjuk | |
3. | Kata ganti nama diri terbahagi kepada: | |
i. | Kata ganti nama diri orang | |
ii. | Kata ganti nama diri tanya | |
4. | Kata ganti nama diri orang terbahagi kepada: | |
i. | Kata ganti nama diri pertama | |
ii. | Kata ganti nama diri kedua | |
iii. | Kata ganti nama diri ketiga | |
5. | Contoh: Kata ganti nama diri pertama : aku, saya, hamba, patik, beta, kami, kita, daku Kata ganti nama diri kedua : awak, engkau, anda, tuanku, kalian, kamu Kata ganti nama diri ketiga : dia, beliau, ia, baginda, mereka | |
6. | Kata ganti nama tunjuk ialah kata yang digunkan untuk menunjukkan manusia, haiwan, benda dan tempat. | |
Contoh: ini, itu | ||
7. | Kata ganti nama diri tanya ialah kata yang merujuk benda atau orang dalam bentuk tanya. | |
Contoh: apa, siapa, mana |
Tip
Contoh Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Ganti Nama:
1. (a) Banduan itu dikawal ketat oleh pihak penjara. Beliau terlibat banyak kejadian jenayah. (salah) (b). Banduan itu dikawal ketat oleh pihak penjara. Dia terlibat dalam banyak kejadian jenayah. (betul) Penjelasan : Kata ganti nama diri perlu disesuaikan dengan kedudukan seseorang. Kata ganti nama beliau digunakan untuk orang yang dihormati. |
2. (a) “Kalian-kalian mesti bekerjasama dari sekarang,” kata Tuk Ali kepada anak-anak buahnya. (salah) (b). “Kalian mesti bekerjasama dari sekarang,” kata Tuk Ali kepada anak-anak buahnya. (betul) Penjelasan :Kata ganti nama diri bentuk jamak tidak perlu digandakan. |
SIVASANGARY RAVEENDRAN