Sunday, October 10, 2010

KESANTUNAN BAHASA

Dalam kesantunan berbahasa, bahasa melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Dalam kertas ini , saya ingin bincangkan tentang gelaran.
·         Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan Cik, menjadi Mak Cik atau Pak Cik
·         Gelaran  kekeluargaan terbahagi kepada:

Gelaran  kekeluargaan pertalian darah
Contoh : Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.

Gelaran kekeluargaan ikatan perkahwinan
Contoh : Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua, abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.

·         Gelaran Pergaulan Bebas. Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin, manakala Encik untuk lelaki sahaja.
·         Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)
Tuan - digunakan untuk lelaki yang berpangkat tingi dan digelar sebagai Haji, Doktor, Profesor dan Syed.
Encik, Cik - digunakan untuk orang lelaki yang berpangkat tinggi.
Puan - untuk perempuan berpangkat tinggi dan mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya.
Saudara digunakan untuk orang lelaki, manakala saudari digunakan untuk perempuan yang seumur dengan kendiri atau lebih muda, dan digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.
Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan

·         Gelaran Warisan
Warisan raja : (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda 
Keturunan orang –orang besar : Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan),
Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w.:syed, sayid, Syarifah 
Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia                                  contoh : seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi,
·         Gelaran Kurniaan
Contoh : Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia, Datin Paduka ,Toh Puan

·         Gabungan Gelaran
(a) kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji
(b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. - Tuan Haji
(c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) - Pak Ungku,
(d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh: Tuan Haji Nik
(e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji
(f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. - Tan Sri Prof. 


ASHVINI VELAYUDHAM