Sunday, October 10, 2010

KATA NAMA

Kata nama terbahagi kepada dua, iaitu kata nama am dan kata nama khas. 
(a) Kata nama am digunakan untuk menyatakan manusia, binatang, tumbuhan atau benda.  Semua kata nama am ditulis dengan huruf kecil di pangkal kata itu.
     Contoh :  adik,  baju, daun, laut,  rumah, dan sebagainya

(b) Kata nama khas merujuk kepada nama orang, nama binatang, nama bangunan, nama tempat, nama bandar, nama negeri atau judul buku. Semua kata nama khas ditulis dengan huruf besar di pangkal kata itu.
     Contoh :  Amran, Tompok, Wisma Angkasa, Ipoh, Kedah, dan sebagainya



Kata Ganti Nama 

1.  Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama diri dankata ganti nama tunjuk . 
2. Kata ganti nama diri terbahagi kepada kata ganti nama diri orang dan kata gantinama diri tanya.
(a)   Kata ganti nama diri orang digunakan untuk menggantikan kata nama orang. Kata ganti nama diri ini terbahagi pula kepada:
(i)   Kata ganti nama diri orang pertama
      Contoh :  aku, beta,daku, hamba, kita, patik dan saya
           (ii)  Kata ganti nama diri orang kedua
                Contoh :  anda, awak, dikau, engkau, kalian, kamu, dan  tuanku.
           (iii) Kata ganti nama diri orang ketiga
                Contoh :  baginda, beliau, dia, ia, dan mereka.
(b)   Kata ganti nama diri nama tanya ialah kata yang merujuk benda atau orang dalam bentuk tanya.
      Contoh : apa, siapa, mana   

3.   Di antara kata ganti nama diri orang pertama, kedua, dan ketiga ada yang membawa makna tunggal (satu) dan ada yang membawa makna jamak (lebihdaripada satu).


     VINOODINI ANNATHURAI