Tuesday, October 12, 2010

CONTOH UCAPAN


MEMUPUK MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Terima kasih, Tuan Pengerusi Majlis. Yang Arif lagi bijaksana, panel penilai dan rakan-rakan yang dihormati. Assalamualaikum dan selamat pagi.

Tajuk syarahan yang menjadi pilihan saya pada pagi ini ialah “Ke Arah Memupuk Minat Membaca dalam Kalangan Masyarakat”. Mengapakah saya memilih tajuk ini dan apakah yang ingin saya kupas daripada tajuk ini? Sebenarnya, beberapa hari yang lepas, saya baru selesai mengikuti jerayawara ke lima buah daerah di Johor untuk mengajar pelajar mengaplikaskan maklumat dalam karangan.Daerah terakhir yang saya kunjungi ialah daerah Pasir Gudang iaitu pada 3 Julai yang lalu. Di setiap daerah, saya akan bertanya kepada pelajar-pelajar, siapakah yang membaca surat khabar pada setiap hari? Tuan-tuan dan puan-puan tahu apakah jawapannya?Jawapannya amat mendukacitakan. Daripada lebih 100 orang peserta di setiap daerah, tidak sampai 10 orang yang membaca surat khabar pada setiap hari! Kalaupun ada yang membaca, mereka akan hanya membaca ruangan tertentu seperti ruangan sukan atau hiburan. Mereka juga tidak mengetahui nama-nama pemimpin negara apalagi isu semasa yang melanda negara. Inilah gambaran budaya membaca masyarakat kita yang sebenar. Oleh itu, tidak hairanlah jika, Perpustakaan Negara Malaysia mengumumkan bahawa purata membaca setiap rakyat Malaysia hanyalah dua buah buku setahun. Keadaan ini amat menyedihkan, tetapi itulah hakikatnya! Oleh sebab remaja hari ini merupakan pemimpin masa depan, maka usaha-usaha untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat perlu dilakukan oleh semua pihak. Jadi, tuan-tuan dan puan-puan, pada hari ini saya ingin mencadangkan beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh semua pihak untuk memupuk budaya membaca dalam masyarakat.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Pada pendapat saya, pihak kerajaan perlu lebih agresif dalam menyemai budaya membaca dalam kalangan masyarakat.Sebelum ini, banyak usaha dijalankan namun tahap pembacaan masyarakat masih rendah. Malahan, Kampung Buku di Langkawiyang diharapkan dapat menjadi daya tarikan untuk memupuk budaya membaca, dilaporkan terbiar dan tidak dimanfaatkan walaupun jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk membinanya. Oleh itu, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lepas, yang mahu menjadikan Malaysia sebagai “Negara Pembaca” perlulah disambut baik oleh semua pihak. “Negara Pembaca” yang dihasratkan ialah negara yang bukan sahaja memiliki rakyat yang suka membaca dan berasaskan ilmu pengetahuan, malahan diharapkan agar rakyat mempunyai kemampuan berterusan untuk belajar, membuat penyelidikan dan melakukan penemuan baru. Tuan-tuan dan puan-puan, dengan terealisasinya hasrat ini, maka terealisasilah juga “Dasar Buku Negara” yang berhasrat untuk menjadikan masyarakat Malaysia, bukan sahaja suka membaca malah berupaya untuk menghasilkan dan menerbitkan banyak buku yang sesuai dan berkualiti.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Selain dasar dan polisi kerajaan, prasarana yang sesuai dan mesra pengguna hendaklah dibangunkan. Kerajaan boleh membangunkan perpustakaan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai dan mudah dikunjungi. Selain itu, perpustakaan desa dan perpustakaan bergerak juga perlu diperbanyak supaya gerakan ini dapat sampai ke seluruh ceruk rantau. Selain kerajaan, pihak swasta dan orang persendirian juga boleh membangunkan perpustakaan. Di Amerika Syarikat, lending library atau circulating library ini dibangunkan dan dijadikan sumber perniagaan, iaitu dengan menjadikannya sebagai perpustakaan pinjaman berbayar. Usaha ini telah pelopori oleh William Rind sejak tahun 1762 dan telah mendatangkan impak yang amat besar terhadap pembudayaan membaca dalam kalangan rakyat Amerika selepas itu. Oleh itu, jelas bahawa pembinaan prasarana yang banyak dan meluas, membantu masyarakat kita membudayakan membaca.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Pihak swasta juga perlu memainkan peranan untuk memupuk masyarakat membaca. Selain syarikat penerbitan menerbitkan banyak judul menarik dan mengusahakan penterjemahan buku-buku yang berkualiti dari negara, media massa turut memainkan peranan yang penting. United Kingdom, merupakan sebuah negara yang sememangnya berbudaya membaca dan keadaan itu bukanlah sesuatu yang terbina dalam sekelip mata. Pada tahun 2004, mereka telah mengadakan program BigRead yang merupakan satu program untuk mencari 100 buah buku paling popular di United Kingdom. Yang terpenting ialah program ini telah dilakukan secara bersepadu oleh pihak-pihak media, seperti TV, radio, Internet dan juga usaha sama dengan beberapa buah kedai buku. Caranya mudah sahaja. TV UK, misalnya BBC 1, telah menyiarkan program yang mengulas 100 buah buku yang tersenarai pada setiap minggu. Pada masa yang sama, orang ramai akan mengundi buku-buku kegemaran mereka menerusi Internet. Toko-toko buku pula akan menjual buku yang tersenarai itu dengan melabel dan meletakkannya pada rak-rak khas yang tercetak BigRead di muka depannya. Cara ini umpama carta muzik di kaca TV kita. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, jika kita boleh menciplak banyak program tv realiti berbentuk hiburan dari negara Barat, apalah salahnya jika kita menciplak idea yang sangat membina ini? Jika semua pihak swasta menggembleng tenaga, saya yakin dan percaya, di samping mendapat keuntungan, akan terlunaslah satu daripada tanggungjawab sosial mereka kepada negara iaitu memupuk budaya membaca. Inilah yang dikatakan situasi menang-menang, tuan-tuan dan puan-puan.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik terkenal pernah berkata, ‘‘When I have money, I buy books. If any is left, I buy food.’’. Apakah maknanya kata-kata itu, tuan-tuan dan puan-puan? Maknanya, Erasmus melebihutamakan buku, sedangkan kepentingan makanan datang kemudian. Pada Erasmus dan juga sebilangan besar masyarakat negara maju yang lain, membaca itu amat penting buat santapan minda. Oleh itu, sebagai langkah yang ke-4, kita perlulahmemperuntukkan sejumlah wang untuk membeli bahan bacaan. Masyarakat kita bukannya tidak mempunyai wang, mereka ada wang. Hampir setiap rumah, mempunyai radio dan televisyen, malah melanggan Astro. Bagi yang berkemampuan sedikit, mereka tidak lokek untuk berbelanja bagi memiliki produk penjagaan diri dan kesihatan, dan sebagainya. Cuma mereka tidak terbudaya untuk memperuntukkan sejumlah wang bagi membeli buku. Oleh itu, suatu gerakan besar-besaran perlulah dilakukan supaya, masyarakat kita, terbudaya untuk merancang perbelanjaan dengan lebih bijak dengan memperuntukkan sejumlah wang untuk pembelian buku. Diharapkan dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan masyarakat yang walaupun tidak kaya tetapi berminda kelas pertama. Sebenarnya, inilah modalnya untuk kita menjadi negara yang maju dan kaya menjelang tahun 2020 ataupun 2058 sebagaimana yang disasarkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Akhirnya, ialah peranan ibu bapa. Bagaimana acuan begitulah kuihnya manakala melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, penyuburan sikap suka membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi. Sebelum kanak-kanak boleh membaca, seharusnya mereka sudah dibiasakan dengan buku sama ada memegang, melihat atau menikmati buku secara bercerita. Berdasarkan kajian, 80 hingga 88% ibu bapa dapat mempengaruhi anak-anak untuk membaca. Ibu bapa bukan sahaja menjadi penggalak, malah perlu menjadi suri teladan. Mereka mestilah terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik dengan mengamalkan tabiat membaca. Sebagai permulaan, anak-anak boleh dibacakan “bed time story” sebelum mereka tidur. Apabila usia bertambah, belikan buku-buku cerita yang menarik dan berwarna-warni untuk menarik perhatian mereka. Menjelang usia remaja pula, ajaklah anak-anak berbincang tentang bahan bacaan yang dibaca oleh mereka atau yang dibaca oleh ibu bapa. Jika ini dilaksanakan, saya yakin dan percaya, anak-anak ini akan terus menghargai buku dan ilmu seterusnya merealisasikan gagasan pembelajaran sepanjang hayat. Keadaan ini sudah pasti akan menjadi pemangkin kepada hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat berminda kelas pertama yang mampu menggegarkan dunia dengan tahap keilmuan yang tinggi.

Tuan-tuan dan puan-puan.
Tahukah anda berapa judul buku yang menyaksikan matahari setiap hari? Setiap 30 saat, setiap hari, sekitar 4000 buku baru diterbitkan di seluruh dunia. Ini bermakna, pada setiap tahun, sekitar 1.5 juta judul baru menemui pembaca. Sejak mesin Gutenberg dicipta pada 1450, sebanyak 50 juta judul buku telah diterbitkan di planet bumi. Oleh itu, jika anda berhasrat untuk membaca semua buku itu, anda perlu hidup 250,000 tahun! Malah, kalau pun anda hanya membaca judulnya sahaja, anda memerlukan masa selama 15 tahun!Bermakna, setiap hari, begitu banyak ilmu yang ditemukan lantaran ilmu tersebut semakin berkembang dari hari ke hari. Oleh itu, jika tidak disemaikan budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita, kita akan ketinggalan dan menjadi masyarakat seperti katak di bawah tempurung. Bertepatan dengan bulan Julai iaitu Bulan Membaca Negara, marilah sama-sama kita menyemai budaya membaca supaya cabaran Wawasan 2020 yang ke-6 iaitu ”mewujudkan masyarakat yang maju dan progresif..” bukan fatamorgana semata-mata.
Sekian, terima kasih.

Sumber : http://www.zanariah.myportal.my/

SIVANATHAN ANBU SELVAM

CONTOH SYARAHAN

Bahasa Kebangsaan Nadi Perpaduan

Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa. Begitulah indahnya tajuk syarahan yang akan saya sampaikan “Bahasa Kebangsaan Nadi Perpaduan”. Seuntai kasih sekalung budi pengacara majlis, kombinasi hakim yang arif lagi berkarisma, dif-dif kehormat dan warga dewan yang saya muliakan, salam mesra dan salam perpaduan. Bahasa Kebangsaan Nadi Perpaduan secara keseluruhannya membawa maksud bahasa merupakan elemen penting yang menjadi tunjang kepada perpaduan rakyat di negara kita. Hadirin yang saya kasihi, Faktor utama yang menjadi teras kepada terbinanya perpaduan hari ini ialah bahasa yang digunakan bersama. Hal yang demikian kerana sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa komunikasi semenjak zaman kesultanan Melayu Melaka sehinggalah negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Oleh itu, nyatalah bahasa iaitu bahasa Melayu menjadi komponen penting perpaduan yang membawa kepada kemerdekaan. Hadirin yang budiman, Perkara 152 Perlembagaan Negara ada mengkanunkan bahawa bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Ini membuktikan sejak dahulu pemimpin pelbagai kaum telah sepakat perlu adanya satu bahasa yang mampu menyatupadukan seluruh rakyat. Hubungan yang intim akan terjalin apabila semua rakyat berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan satu bahasa. Kita bukan sahaja berkongsi negara, malahan kita sanggup berkongsi bahasa atas nama perpaduan bak kata pepatah ” Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”.

Hadirin sekalian,
Malaysia telah membuka mata dunia apabila rakyatnya yang berbilang bangsa dan agama dapat bersatu dan hidup aman damai di bawah satu Jalur Gemilang. Cuba fikir sejenak, mampukah negara kita menikmati kemajuan dan kemakmuran tanpa bahasa? Tentunya tidak, hadirin sekalian. Sejarah telah membuktikan bahawa tanpa perpaduan negara akan menemui kehancuran. Justeru, perpaduan antara kaum amat penting untuk menjamin kemajuan dan kestabilan serta kesejahteraan rakyat. Oleh itu, bahasa bukan sahaja pemangkin untuk mengintegrasikan warga negara kita, malahan merupakan aset penting untuk menjana kemajuan dan kestabilan yang berterusan. Sidang hadirin, Perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan, apa lagi yang kita tunggu? Mari, marilah kita bersatu dengan satu bahasa demi keutuhan negara tercinta. Sekian, terima kasih. 

v  

PARTHIBAN MUTHIAH

LAPORAN BERTULIS


Kelebihan
  1.  Sebagai rekod
  2. Dapat menjelaskan sesuatu dengan lebih mendalam
  3. Memudahkan penerima mesej



E-MEL

Kaedah pertukaran maklumat bertulis & mel suara dengan cepat melaluipenggunaan terminal komputer yang telah dibangunkan denganrangkaian kominukasi.

Kelebihan e-mel:
v  Maklum balas cepat
v  Dapat disimpan untuk dijadikan bukti
v  Tingkatkan produktiviti dalam komunikasi
v  Salinan dalam pelbagai bentuk



RAVIND SIVALINGAM




SURAT-MENYURAT



Proses penulisan dengan satu tujuan tertentu sama ada secara rasmi @ tidak.

Karangan Jenis Surat Rasmi

Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :

a.      memohon pekerjaan
b.      membuat aduan / bantahan / cadangan
c.      membuat rayuan
d.      membuat jemputan rasmi
e.      menempah barangan
f.        meminta kebenaran
g.      atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi


 Karangan Jenis Surat Tidak Rasmi 

Surat tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau sahabat handai.
Biasanya ditulis dengan tujuan untuk memberitahu sesuatu perkara seperti antaranya ;

1.      Surat ucap tahniah
2.      Surat ucap takziah
3.      bertanya khabar berita
4.      menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat
5.      Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru
6.      Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga
7.      membalas surat yang dihantar oleh orang lain
8.      dan sebagainya

ARIVALAGAN RAJA MANICKAM

KOMUNIKASI BERTULIS


ü       Proses komunikasi yang tidak menggunakan percakapan tetapi menggunakan tulisan untuk menyampaikan maklumat kepada penerima

ü  Jenis komunikasi bertulis
  •       Memorandum
  •       Surat-menyurat
  •       E-mel


MEMORANDUM


1.    Memorandum atau memo ialah suatu dokumen atau bentuk komunikasi lain yang membantu ingatan dengan merekodkan peristiwa atau pemerhatian mengenai sesuatu topik, sehingga boleh digunakan dalam sebuah pejabat perniagaan

2.    Alat komunikasi bertulis tidak rasmi antara jabatan dalam sesebuah organisasi & tidak digunakan untuk memberikan maklumat kepada orang lain di luar organisasi.


     ROOBENDHIRAN SIVASAMY
R


R


PENANDA WACANA

PENANDA MEMULAKAN PERENGGAN PENUTUP.
-       Intihanya,
-       Secara tuntas,
-       Sebagai penghias bicara akhir,
-       Sebelum mengakhiri wacana ini,
-       Secara keseluruhan
PENANDA MENERANGKAN PENDAPAT YANG BERBEZA.
-       Walakin begitu,
-       Namun demikian,
-       Daripada perspektif yang berbeza,
-       Jika dilihat dari sudut lain,
-       Kontradiksinya,
-       Di sebalik itu,
-       Dari sudut lain.
PENANDA MEMULAKAN PERIBAHASA.
-       Bak kata peribahasa Melayu,
-       Bak kata orang tua-tua,
-       Bak kata mutiara,
-       Bak peribahasa,
-       Bak kata cendiakawan,
-       Hal ini sama dengan peribahasa,
-       Fenomena ini dikatakan,
-       Masalah ini sama dengan peribahasa.
PENANDA WAKTU.
-       Ketika,
-       Semasa,
-       Kemudian,
-       Pada mulanya,
-       Lama-kelamaan.                     


 SANTINI SURASHKUMAR

PENANDA WACANA

PENANDA MEMBERI CONTOH DALAM KARANGAN.
-       Misalnya,
-       Tamsilnya,
-       Sebagaimana yang kita sedia maklum,
-       Antaranya adalah seperti,
-       ibarat,
-       Laksana.
PENANDA MENGHURAIKAN CONTOH.
-       Hal ini mengakibatkan,
-       Hal ini menyebabkan,
-       Maka,
-       Oleh hal yang demikian,
-       Jelaslah bahawa,
-       Justifikasinya
PENANDA MENUTUP ISI.
-       Kesannya,
-       Natijahnya,
-       Akibatnya,
-       Akhirnya,
-       Dengan itu,
-       Dengan berbuat demikian,
-       Dengan keadaan sedemikian
PENANDA MENULIS DUA HURAIAN DALAM SATU AYAT.
-       Justeru,
-       Malahan,
-       Tambahan pula,
-       Sementelahan,
-       Sekali gus,
-       bahkan  


SHARVINA WATALINGGAM