Sunday, October 10, 2010

LARAS BAHASA SAINS

LARAS BAHASA SAINS
•         Laras ilmiah, berbahasa moden, bersifat formal dan menidakkan bahasa basahan
•         Mempunyai sifat intelektual, saintifik, formal dan objektif berdasarkan kajian dan fakta
•         Istilah sains dan teknikal adalah banyak
•         Ada istilah pinjaman
•         Terdapat banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif
•         Dibahagikan kepada subbidang seperti laras fizik, biologi, kimia dan teknologi

LARAS BAHASA MEDIA MASSA
•         Peranan media massa adalah untuk melapor atau menyampaikan berita dengan bahasa yang paling mudah diterima pendengar dan pembaca
•         Laras media massa tidak mementingkan tatabahasa, seperti imbuhan dan kata hubung
•         Tiada istilah teknikal dan khusus

LARAS BAHASA SUKAN
•         Menyampaikan maklumat kegiatan sukan
•         Bahasa adalah ringkas, bersahaja dan jelas
•         Ada istilah aktiviti sukan
•         Kosa kata mudah difahami 




HEMAWATHY RAVINDERAN