Sunday, October 10, 2010

LARAS BAHASA BIASA

LARAS BAHASA BIASA
•         Tiada konteks khusus atau melibatkan sebarang bidang ilmu
•         Penggunaan dalam perbualan harian
•         Tiada istilah khusus
•         Struktur ayat adalah mudah, ringkas dan padat
•         Kata pinjaman tidak banyak digunakan
•         Tidak terdapat istilah teknikal
•         Bentuk laras bahasa biasa formal digunakan dalam situasi rasmi sahaja
•         Bentuk laras bahasa biasa tidak formal menggunakan ciri-ciri bahasa basahan

LARAS BAHASA IKLAN / PERNIAGAAN
•         Untuk menyampaikan maklumat berkesan
•         Pemberitahuan fakta yang jelas amat dipentingkan
•         Ayat ringkas dan pendek (banyak guna kata sifat)
•         Sifat bahasa adalah imaginatif dan kreatif
•         Penggunaan bahasa retorik
•         Tidak mementingkan tatabahasa

LARAS BAHASA AGAMA
•         Membincangkan isu agama
•         Ada istilah pinjaman
•         Terdapat petikan
•         Terdapat tamsil ibarat atau kias ibarat untuk pengajaran 


ANBUCHELVI  KANNAN