Tuesday, October 12, 2010

PENANDA WACANA

PENANDA WACANA.
      Perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi merangkai ayat untuk melanjutkan sesuatu maklumat.
      Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh wacana tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.
      Terdapat beberapa kategori dalam penggunaan penanda-penanda wacana ini.
PENANDA PERMULAAN KARANGAN.
-       pada era globalisasi ini,
-        pada zaman pascakemerdekaan ini,
-        dalam meniti arus kemodenan ini,
-        dewasa ini,
-        pada masa ini,
-        kini,
-        dasawarsa ini,
-        dalam meniti kehidupan pada marcapada,
-        sejak sedekad yang lalu,
-        sejak akhir-akhir ini,
PENANDA MEMULAKAN ISI BAHARU.
-       Disamping itu,
-       Sementara itu,
-       Lebih-lebih lagi,
-       Pada waktu yang sama,
PENANDA HURAIAN ISI KARANGAN.
-       Hal ini demikian kerana,
-       Hal ini berlaku kerana,
-       Hal ini terjadi kerana,
-       Hal ini wujud akibat daripada,
-       Hal ini bersangkut-paut dengan,           


MUNITHA THULUKANNAM                 

Sunday, October 10, 2010

KESANTUNAN BAHASA


               (ungkapan-ungkapan bertatasusila)

1.    Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.

2.    Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.

3.    Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.

4.    Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.

5.    Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.

6.    Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.''

7.    Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.

8.    Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.

9.    Lihat contoh berikut:

Pak
Digunakan untuk orang lelaki yangs ama sebaya dengan ayah kendiri.
Mak
Digunaka utnuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri
Tok
Digunakan untuk orang lelaki atau prempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri.
Abang
Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah kendiri dan juga tidak semua kendiri.
Kakak
Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak kendiri dan juga tidak semuda kendiri.
Adik
Digunakan untuk orang lelaki atau permepuan yang lebih muda daripada kendiri.




NANTHINI KANAPATHY

KATA NAMA

Kata nama terbahagi kepada dua, iaitu kata nama am dan kata nama khas. 
(a) Kata nama am digunakan untuk menyatakan manusia, binatang, tumbuhan atau benda.  Semua kata nama am ditulis dengan huruf kecil di pangkal kata itu.
     Contoh :  adik,  baju, daun, laut,  rumah, dan sebagainya

(b) Kata nama khas merujuk kepada nama orang, nama binatang, nama bangunan, nama tempat, nama bandar, nama negeri atau judul buku. Semua kata nama khas ditulis dengan huruf besar di pangkal kata itu.
     Contoh :  Amran, Tompok, Wisma Angkasa, Ipoh, Kedah, dan sebagainya



Kata Ganti Nama 

1.  Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama diri dankata ganti nama tunjuk . 
2. Kata ganti nama diri terbahagi kepada kata ganti nama diri orang dan kata gantinama diri tanya.
(a)   Kata ganti nama diri orang digunakan untuk menggantikan kata nama orang. Kata ganti nama diri ini terbahagi pula kepada:
(i)   Kata ganti nama diri orang pertama
      Contoh :  aku, beta,daku, hamba, kita, patik dan saya
           (ii)  Kata ganti nama diri orang kedua
                Contoh :  anda, awak, dikau, engkau, kalian, kamu, dan  tuanku.
           (iii) Kata ganti nama diri orang ketiga
                Contoh :  baginda, beliau, dia, ia, dan mereka.
(b)   Kata ganti nama diri nama tanya ialah kata yang merujuk benda atau orang dalam bentuk tanya.
      Contoh : apa, siapa, mana   

3.   Di antara kata ganti nama diri orang pertama, kedua, dan ketiga ada yang membawa makna tunggal (satu) dan ada yang membawa makna jamak (lebihdaripada satu).


     VINOODINI ANNATHURAI

KESANTUNAN BAHASA

Dalam kesantunan berbahasa, bahasa melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Dalam kertas ini , saya ingin bincangkan tentang gelaran.
·         Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan Cik, menjadi Mak Cik atau Pak Cik
·         Gelaran  kekeluargaan terbahagi kepada:

Gelaran  kekeluargaan pertalian darah
Contoh : Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.

Gelaran kekeluargaan ikatan perkahwinan
Contoh : Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua, abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.

·         Gelaran Pergaulan Bebas. Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin, manakala Encik untuk lelaki sahaja.
·         Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)
Tuan - digunakan untuk lelaki yang berpangkat tingi dan digelar sebagai Haji, Doktor, Profesor dan Syed.
Encik, Cik - digunakan untuk orang lelaki yang berpangkat tinggi.
Puan - untuk perempuan berpangkat tinggi dan mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya.
Saudara digunakan untuk orang lelaki, manakala saudari digunakan untuk perempuan yang seumur dengan kendiri atau lebih muda, dan digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.
Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan

·         Gelaran Warisan
Warisan raja : (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda 
Keturunan orang –orang besar : Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan),
Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w.:syed, sayid, Syarifah 
Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia                                  contoh : seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi,
·         Gelaran Kurniaan
Contoh : Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia, Datin Paduka ,Toh Puan

·         Gabungan Gelaran
(a) kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji
(b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. - Tuan Haji
(c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) - Pak Ungku,
(d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh: Tuan Haji Nik
(e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji
(f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. - Tan Sri Prof. 


ASHVINI VELAYUDHAM

KATA GANTI NAMA


1.
Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan kata nama manusia.
2.
Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada dua golongan, iaitu:
 
i.
Kata ganti nama diri
 
ii.
Kata ganti nama tunjuk
3.
Kata ganti nama diri terbahagi kepada:
 
i.
Kata ganti nama diri orang
 
ii.
Kata ganti nama diri tanya
4.
Kata ganti nama diri orang terbahagi kepada:
 
i.
Kata ganti nama diri pertama
 
ii.
Kata ganti nama diri kedua
 
iii.
Kata ganti nama diri ketiga
5.
Contoh:
Kata ganti nama diri pertama : aku, saya, hamba, patik, beta, kami, kita, daku
Kata ganti nama diri kedua :  awak, engkau, anda, tuanku, kalian, kamu
Kata ganti nama diri ketiga :   dia, beliau, ia, baginda, mereka
6.
Kata ganti nama tunjuk ialah kata yang digunkan untuk menunjukkan manusia, haiwan, benda dan tempat.
 
Contoh:  ini, itu
7.
Kata ganti nama diri tanya ialah kata yang merujuk benda atau orang dalam bentuk tanya.
 
Contoh:  apa, siapa, mana
 
Tip
 Contoh Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Ganti Nama:

1.     (a)  Banduan itu dikawal ketat oleh pihak penjara. Beliau terlibat
      banyak kejadian jenayah. (salah)
            (b). Banduan itu dikawal ketat oleh pihak penjara. Dia terlibat 
                  dalam banyak kejadian jenayah.
(betul)             
Penjelasan :  Kata ganti nama diri perlu disesuaikan dengan kedudukan seseorang. Kata ganti nama beliau digunakan untuk orang yang dihormati.

     2.   (a)  “Kalian-kalian mesti bekerjasama dari sekarang,” kata
                  Tuk Ali kepada anak-anak buahnya.
(salah)
           (b). “Kalian mesti bekerjasama dari sekarang,” kata Tuk Ali                                    
                   kepada anak-anak buahnya.   (betul)

Penjelasan :Kata ganti nama diri bentuk jamak tidak perlu digandakan.
 


     SIVASANGARY RAVEENDRAN

LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG

LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG
         Teks bersabit dengan perundangan yang mengandung prinsip undang-undang tertentu dan berbentuk akta (bahagian dan seksyen)
         Terdapat istilah khusus yang kebanyakannya dipinjam daripada bahasa Inggeris
         Makna kosa kata berdasarkan intepretasi
         Struktur ayat tidak diutamakan, tetapi kepersisan dan kejelasan dipentingkan
         Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat
         Tiada graf atau gambar
         Binaan ayat adalah panjang

LARAS BAHASA RENCANA
         Bersifat umum
         Menampilkan berbagai-bagai idea tentang sesuatu isu
         Gaya bahasa mudah difahami
         Melaporkan sesuatu kepada pembaca secara umum ataupun terperinci

LARAS BAHASA AKADEMIK
         Bersifat ilmiah, formal dan objektif
         Gaya bahasa menunjukkan kematangan dan keintelektualan (berkeupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan)
         Istilah bersifat khusus dan sukar difahami oleh orang yang tidak berpendidikan tinggi
         Ada kesempurnaan bahasa (kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan)
         Mengutamakan pemaparan, perbincangan dan penghuraian
         Terdapat penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk
         Ada format seperti nota kaki, bibliografi dan indeks

LARAS BAHASA SASTERA / KREATIF
         Laras bahasa terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman
         Ada istilah khusus tentang sastera
         Bersifat figuratif (penyimpangan makna daripada bahasa biasa)
         Mementingkan pemilihan diksi berkesan, bahasa tersirat
         Ada unsur seperti metafora, kiasan, imejan, personifikasi dan hiperbola
         Bernada puitis dan bersifat komunikatif




MEGALA PONNUSAMY